Justin Bieber Tawar Diri Mahu Jaga Anak Kylie Jenner

Dalam diam-diam, rupanya Justin Bieber dah memasang impian untuk bergelar seorang bapa.

Walaupun nampak dirinya seronok berada dalam dunia glamor, rupa-rupanya diri penyanyi ini masih diselubungi kesunyian.

Apatah lagi, sekrang ini dia masih belum mempunyai kekasih atau menjalinkan hubungan yang serius dengan mana-mana wanita.

Menut laporan Aceshowbiz, Bieber telah menawarkan diri untuk menjadi pengasuh dan menjaga anak yang bakal dilahirkan oleh Kylie Jenner.

Biar betul? Ya, memang serius kerana sebenarnya pelantun lagu Baby ini adalah seorang yang sangat penyayang dan menyukai kanak-kanak.

Buktinya boleh dilihat dengan cara dia melayan dan menyayangi kedua-dua adiknya iaitu Jazmyn Bieber dan Jaxon Bieber.

Sekarang ini dia dah tak sabar-sabar lagi nak menimang anak Kylie dan Travis Scott. Macam mana agaknya gaya dia menjaga bayi itu nanti ya. Nantikan sahaja.

sumber : cariforum

Sumber Asal

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*