“Aku Ni Dah Nak Mati Ke?” Siti Sarah Kongsi Saat-Saat Cemas Ketika Dimasukkan Ke Hospital


Siti Sarah menceritakan detik-detik cemas apabila dia hampir pitam di kediamannya sebelum dikejarkan ke hospital minggu lepas.

Sepanjang perjalanan ke hospital, Sarah seringkali memohon maaf kepada suaminya, Shuib.

“Aku ni dah nak mati ke? Itu yang bermain-main dalam kepala saya sepanjang perjalanan ke hospital dan ditahan dalam wad sehari.

“Tapi waktu itu saya nampak muka Shuib cool sahaja. Sampailah saya sudah kembali sihat dia ceritakan semula kepada saya dan barulah saya tahu dia memang betul-betul panik,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll by NN di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada masa yang sama, punca dia dimasukkan ke hospital adalah kerana keletihan dan tekanan darah rendah.

“Pernah saya tidak sempat pulang ke rumah selama lima hari kerana terlalu sibuk dengan persembahan nyanyian.

“Saya tidak pernah tidak makan sebab saya seorang yang akan sentiasa membawa bekal apabila keluar.

“Tetapi mungkin ketika itu saya terlalu sibuk sampailah hampir pengsan.

“Memang saya sudah rasa sakit-sakit badan sejak beberapa hari namun saya kuatkan semangat untuk bekerja dan kuatkan semangat,” tambahnya.

Sumber: Astro Gempak
Loading…Terus Ke Sumber Asal–>KLIK SINI

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*