Malu Lahir Anak Luar Nikah, Gadis Sembelih Bayi Sebelum Buang Ke Sungai

Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan yang mengerikan oleh penduduk Kampung Batu Tapel Dusun Bati Rurung Desa Barejulat Kecamatan Jonggat Lombok Tengah, Sabtu lalu, lapor Kick News Today.

Menurut Inaq Munirim, 40, berkata, dia pada awalnya ternampak sebuah kotak yang tersangkut di sungai kecil berhampiran pada jam 6 petang, lalu memeriksa isi kandungan di dalamnya.

Lokasi penemuan mayat mangsa

“Saya ternampak kotak itu lalu mengambilnya. Bila diperiksa, rupa-rupanya ada mayat seorang bayi lelaki dibalut dengan kain yang masih bertali pusat dan ada uri di dalamnya,” katanya.

Terkejut dengan penemuan itu, Munirim kemudian memaklumkan kepada Amaq Janah, 60, dan kemudian membawa mayat mangsa ke rumah seorang lagi kenalan mereka, Serok, 45, sebelum dilaporkan kepada polis.

“Terdapat kesan luka di leher mangsa (7 cm) seperti disembelih dan bahagian perut kanannya juga dirobek (10 cm dan 7 cm) sehingga ternampak isi dalam perut,” kata Janah.

Penduduk kampung kemudian cuba menjejak dari mana mayat mangsa dibuang dan menemui kesan darah di seketikar hulur sungai, dipercayai tempat bayi itu dibuang dan dihanyutkan sejauh 1 kilometer ke Kampung Batu Tapel.

Selain itu, satu sandal berwarna biru yang dipenuhi darah juga ditemui.

Kurang dari 24 jam kemudian, polis menahan seorang suspek wanita yang dipercayai ibu kepada bayi berkenaan, hasil dari maklumat orang awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Lombok Tengah, AKP Arjuna berkata, pada awalnya suspek turut serta menyaksikan pertemuan mayat bayinya sendiri. Polis yang curiga melihat gerak gerinya yang kelihatan pucat seolah-olah baru melahirkan anak. Malah suspek sempat bertanya soalan bagaimana cara polis mengesan pelakunya.

Polis kemudian bertanya beberapa soalan terhadap wanita itu dan akhirnya dia terperangkap lalu dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

AG ketika disoal siasat polis

Dalam keterangannya, suspek mengaku melahir mangsa di dalam bilik mandi. Namun dalam keadaan panik dan enggan menanggung malu, suspek telah mengambil sabit dan mengerat mangsa sehingga maut dan dimasukkan dalam guni sebelum membuangnya ke dalam sungai.

Suspek yang belum berkahwin itu juga turut mendedahkan identiti teman lelakinya selain turut mengakui dia terpaksa berbuat demikian kerana lelaki itu enggan bertanggungjawab selepas membuatnya hamil.

Ketika memberikan keterangan, suspek sempat pengsan seketika di Unit Perlindungan perempuan dan Anak yang kemudian diberikan rawatan untuk memulihkan keadaannya.

Polis kini sedang giat mengesan teman lelaki suspek untuk membantu siasatan. – The Reporter

KISAH BENAR: “Mak, Janganlah Makan Dadah Lagi..”Anak Kecil Berusia 3 Tahun Berkali-Kali Merayu Agar Si Ibu Berhenti Menjadi Najis Dadah..

Terasa sebak hati ini membaca tiga kisah yang dikongsikan oleh Pegawai Anti Dadah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ini. Bak katanya, inilah realiti dan hakikatnya betapa tenatnya masyarakat kita hari ini. Anak kecil berusia 3 tahun ini sudah mengenal apa itu dadah, sehingga berkali-kali merayu agar si ibu berhenti menjadi najis dadah. Semoga bermanfaat.

SI KAIN PUTIH… dipakaikan baju kotak-kotak, dipakaikan belang. Ibu bapakah yang memilih warnanya? Salah guru/sistem pendidikan kah yang mengarah baju itu ditukar seragam sekolah lalu menukar warna peribadi si anak? Atau salah agensi yang lemah mentadbir penguatkuasaannya? Atau nak salahkan Najib juga? Gambar di bawah ini ada ceritanya.

Tugas kami dalam pemulihan dadah ini tidak sama seperti pejabat-pejabat yang lain, apa yang disantuni saban hari tidak seperti yang dihadapi yang lain. Insan-insan yang melangkah masuk melaporkan diri bukanlah orang ‘biasa’ untuk perhatian yang biasa-biasa. Siapa yang kami santuni adalah realiti tenatnya masyarakat kini, yang jarang tampak di mata orang awam. Apa yang saya nak kongsi hari ini adalah tentang realiti.

KISAH GAMBAR 1

Remaja ini ditahan kerana kesan penagihan yang tidak dapat lagi dikawal. Hadir ibu dan bapa yang kami yakin dari orang yang baik-baik. Nampak di gambar, dua tangan yang sedang menggenggam erat tangan si anak. Itu adalah tangan ibu dan bapanya yang berjujuran air mata merayu dan memohon agar anak mereka berubah serta berhenti menagih dadah. Air mata ibu paling banyak tumpah di sini. Salah ibukah yang melahirkan dia?

KISAH GAMBAR 2

Lihat senyuman anak kecil ini, senyum paling naif, polos dan suci. Dia tidak mengetahui apa-apa sedangkan ibunya sedang ditahan untuk siasatan, untuk menjalani pemulihan. Bila saya soal si kecil ini, di mana ibunya, dia jawab;

“Mak makan dadah”

Allah sahaja yang tahu koyaknya hati ini mendengar jawapan si kecil ini. Seusia anak sendiri, 3 tahun, si kecil ini sudah mampu bicara ‘dadah’. Kata si ibu, si kecil ini jugalah yang kerap merayu padanya dengan kata-kata;

“Mak, janganlah makan dadah lagi…”

Lihat senyuman ini, tahukah anda anak ini baru sahaja lepas menangis sehabis hati selepas ditampar dengan kuat oleh neneknya di pipi hanya kerana membuat bising di pejabat ini. Saya bawa masuk ke bilik dan pujuk dia dengan gula-gula. Ini sahaja yang termampu nak, tenangkan jiwamu. Sambil hati menangis mengenangkan nasibmu.

Salahkah anak inikah dilahirkan ke dunia? Baru lihat senyumannya hati mampu cair, belum lagi ditenung mata sifar dosanya. Apa andaian anda yang bakal terjadi padanya jika dia membesar dalam keadaan seperti itu, dengan ibu itu, dalam keadaan itu. Nauzubilahuminzalik. Semoga Allah melindungi dia.

KISAH GAMBAR 3

Sewaktu pameran di sebuah kampung, selesai ceramah untuk orang awam, datang si kecil ini yang usia 5 tahun, pra sekolah katanya. Datang pada saya;

“Kak, dadah inilah yang dimakan oleh bapa saya kak. Ada di rumah,” katanya sambil menunjuk gambar dadah dan jarum suntikan pada brosur pameran kami. Allah, lima tahun usianya sudah mengenal dan melihat dengan matanya sendiri. Saya bertanya jika dia terjumpat barang-barang itu, apa yang dia akan lakukan.

“Saya akan ambil bawa bermain dengan kawan, suntik pada ikan dan tanam dalam tanah,”jawabnya.

Lemah lutut, lemah jiwa saya mendengar jawapannya itu. Inilah realiti dan hakikat anak kita, generasi kita. Kita hanya diam, menang di papan kunci. Hanya menunding jari. Salah dia, salah ibu bapa, salah guru, salah agensi, salah menteri. Tapi apa salah kita? Sebenarnya salah siapa?

Sumber: Pegawai Anti Dadah, Puan Nadia Hazmi

Terus Ke Sumber Asal–>KLIK SINI

Loading...

1 Trackback / Pingback

  1. Malu Lahir Anak Luar Nikah, Gadis Sembelih Bayi Sebelum Buang Ke Sungai - Berita Muka Buku

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*