(Video) Lelaki Ini Didera Meminta Maaf Kepada Ayam Oleh Polis Sehingga Menangis Kerana Kesalahannya.

Seorang lelaki di Thailand didera oleh pihak polis negara itu dengan hukuman meminta maaf kepada 2 ekor ayam yang dianiayanya sehingga para ayam itu memaafkannya.

Kerana permohonan maaf dari lelaki itu tidak dijawab oleh 2 ekor ayam tersebut yang sememangnya tidak mungkin akan memaafkan, akhirnya pesalah yang dikenali sebagai Charnwut Seuksongkram, 29 tertunduk menangis kerana kedua ekor ayam tempatnya memohon maaf seakan tidak mengendahkannya.

Banyak kesilapan atau dosa yang dilakukan manusia terhadap alam sekelilingnya tidak kira sesama manusia mahupun haiwan, tetapi yang ini adalah sesuatu yang kejam sehingga pihak polis berang dengan tindakan Charnwut terhadap ayam yang tidak punya perasaan itu termasuklah untuk memaafkan mereka yang bersalah.

Charnwut adalah seorang pengedar dadah, dia dikatakan telah mengambil kondom yang masih baru lalu mengisinya dengan sejenis dadah Syabu untuk diedarkan.

Untuk mengelak dari pihak berkuasa terutamanya pihak polis, Charnwut menangkap 2 ekor ayam untuk dijadikan “keldai dadah” (ayam dijadikan keldai juga satu dosa) dengan cara memasukkan tanpa rela kondom berisi Syabu ke dalam mulut ayam.

Charnwut memaksa seekor mangsa menelan 4 bungkus kondom berisi Syabu manakala seekor lagi dipaksa menelan 3 bungkus kondom.

Nasib Charnwut tidak baik kerana kegiatannya telah disyaki lalu setelah siasatan dijalankan ternyata pihak polis berjaya mengesan sebanyak 1400 pil berisi Syabu sedang dibawa oleh Charnwut menggunakan ayam.

Adakah ayam tersebut akan menjalani hukuman gantung kerana dijadikan “keldai dadah”? Tentunya tidak. Tetapi yang pasti kedua ayam tersebut terpaksa pula melihat kelibat seorang manusia kejam menangis sambil meminta maaf kepada mereka.

Menurut ketua polis di daerah Fang, Kolonel Arunsak Buaprasert , Charnwut telah ditangkap pada 12 Julai lepas dan dia kini berdepan dengan hukuman penjara melainkan jika dimaafkan oleh kedua mangsa itu.

Sudah pasti dia tetap dibicarakan kerana sampai kiamat pun kedua mangsa tersebut sudah pasti tidak memaafkannya.

Sumber : kisahbenar

Sumber Asal

Loading...

1 Trackback / Pingback

  1. (Video) Lelaki Ini Didera Meminta Maaf Kepada Ayam Oleh Polis Sehingga Menangis Kerana Kesalahannya. - Berita Muka Buku

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*